SYURGA DI WAJAHMU
HARGA SEMENANJUNG @RM20
HARGA SABAH/SARAWAK @RM23
Hairi
GELORA
HARGA SEMENANJUNG @RM17
HARGA SABAH/SARAWAK @RM20
Adam dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato'mustaffa setelah ayahnya yang berkerja di syarikat Dato'mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat.setelah menganak angkatkan adam yang ketika itu berusia enam tahun,isteri Dato'mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan MILA NUR ADAM.
Meningkat dewasa,adam menjadi orang harapan Dato'mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa.Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli ahli korporat,malangnya mila pula merasakan kehadiran adam membayangi hidupnya.
Jarak umur memisahkan mila dan adam.adam bagaikan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna.pergerakan dan pergaulan mila sentiasa dikawal,sebagai seorang gadis remaja.mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh adam.mila merasa tertidas.dia merasakan adam seolah olah ingin merampas kedudukannya disisi Dato'mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit bibit kebencian dihatinya terhadap adam.
Tidak terdaya dan ingin bebas dari cengkaman adam,mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian.dia berusaha menyaingi adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh adam,namun adam tetap seperti dulu berkarisma,kental dan sukar digugat.kegagalan mila untuk mengatasi adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.
Tanpa pengetahuan mila,ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan adam di dalam sebuah perkhawinan,mila membantah.tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan adam,mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan adam yang dianggap bagaikan duri dalam daging.
Bagi adam,perkahwinan di antara dia dan mila umpama mimpi menjadi nyata.namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai.mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan.Tuduhan demi tuduhan di lemparkan,rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja dihati,tiada kasih yang disemai di istana mereka,segalanya gersang.Adam hanya suami pada nama,mengharapkan kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama.adam bertahan,namun kesabaran manusia ada batasnya,benteng kesabaran adam akhirnya roboh di tunda mila.
Demi kebahagiaan mila,adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.malangnya setelah kehilangan adam,barulah mila menyedari kesilapannya selama ini,barulah dia sedar bahawa lelaki yang di bencinya selama ini adalah satu satunya lelaki yang benar benar mencintainya.Akibat khianat,fitnah dan hasad dengki orang ketiga dia jadi buta hati.dia menyesal kerana sikap buruknya terhadap adam.
Malangnya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap adam membakar dirinya,tanpa adam dunianya hambar.namun sudah terlambat untuknya berpatah balik.nasi sudah menjadi bubur.
Adam yang dituduhnya bersikap tamak ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang.
KUPERCAYA ADA CINTA
HARGA SEMENANJUNG @RM20
HARGA SABAH/SARAWAK @RM23
kupercaya ada cinta menyingkapkan kisah HAZZ yang agak terkebelakangan dalam berfesyen serta digelarkan sebagai 'wanita sihir 'oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.
perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan fikhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ketempat kerja.mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan HAZZ sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau meyaman fikhri.fikhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela di jadikan sebagai 'HAMBA TEBUSAN' dengan syarat dia harus menukar imej HAZZ dalam tempoh enam bulan.
dalam masa yang sama,papa HAZZ dan mama razznal ingin menyatukan mereka berdua.Tetapi HAZZ tidak mahukan sebuah perkhawinan tanpa sebuah cinta.razznal pula telah pun mempunyai 'kekasih gelapnya'
-Gabriel.
kepada witch(rakan chatting di alam maya)Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya.Kepada fikhri HAZZ meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahannya kisah HAZZ? siapakah jodohnya? razznal? fikhri? zaidib... pujaan hati hazz secara senyap-senyap itu?
Hmmm... Bagaimana pula dengan razznal? adakah cinta songsangnya utuh bersama gabriel?
Siapakah identiti sebenarnya teman chatting razznal di alam maya itu?siapakah witch yang sebenarnya?
JAUHARI HATIKU
HARGA SEMENANJUNG @RM19
HARGA SABAH/SARAWAK @RM22
Nur farisa othman..gadis yang hidup di pinggir kota.berwajah cantik menawan,serta penuh sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya.Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.
Ketika farisa berkerja di syarikat terkemuka negara,dia bertemu dengan daniel mcCormick (duda anak satu ) anak kepada micheal mcCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan.
Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta dihati daniel.namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional.
Didalam kekalutan membesarkan samantha,Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada farisa.
Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih antara mereka berdua.bibit cinta terus mekar dalam diam.kemunculan semula angela yang menuntut hak penjagaan terhadap samantha telah membuatkan hidup daniel kucar kacir sekaligus.
Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh daniel dan farisa untuk terus berada disamping orang tersayang.Namun..berjayakah farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?
KAPAL TERBANG KERTAS
HARGA SEMENANJUNG @RM16
HARGA SABAH/SARAWAK @RM19
suriani tegar melarikan diri ke kuala lumpur demi menyelamatkan masa depannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya .dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita citanya untuk menjadi tentera udara bersama mahadi tidak kesampaian.untung sabut timbul,untung batu tengelam..nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan ian emran yang membantunya memdapatkan perkerjaan setelah dia dipecat dari restoran.bertugas sebagai pembantu ian emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati marina,sahabat karib ian emran yang telah tujuh tahun setia disisi lelaki itu.begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat sehinggakan menimbulkan gosip tidak baik keatas dirinya.
Lantas,ian emran yang mula menaruh hati terhadap suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangganya,sepanjang tempoh pertunangan mereka pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana marina yang memdambakan cinta ian emran sentiasa mengugat kepercayaan suriani terhadap ian emran.
Tatkala jiwa suriani berperang sesama sendiri mahadi muncul kembali,ingin mengotakan janji-janjinya terhadap suriani untuk membawanya 'terbang'bersama.
Ke manakah haluan hidup suriani?
Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?
KASIH PUN BERSATU
HARGA SEMENANJUNG @RM24
HARGA SABAH/SARAWAK @RM27
Kasih pun bersatu ...karya terbaru Izza aripin ini menyingkap kisahayrin dan zarul yang menyulam cinta dalam penafian..Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja,ayrin yang terkesan dengan penolakkan zarul,membawa diri ke princeton,menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh zaffran.
Saat kasih semakin mekar,zarul muncul semula untuk menuntut janji,sekaligus merampas segala kebahagiaan.
Dendam ayrin terhadap zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.dalam konflik yang tidak berkesudahan ,muncul ellie si pengoda yang meresahkan ayrin.Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan,muncul laira gadis misteri yang mencurigakan zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin membara,ayrin dan zarul terpisah beribu-ribu batu.
Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya,sejarah lama sudah kembali berulang seolah-olah menjadi legasi al-muttaqi.ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya,tragedi menimpa merompak kebahagiaan,ayrin lupa siapa dirinya...zarul hanyut dalam delusi...
Lalu bagaimanakah zaffan dan laira mahu menyatukan kasih zarul dan ayrin sehingga kembali bersatu?
KASIH SEHARUM LAVENDER
HARGA SEMENANJUNG @RM19
HARGA SABAH/SARAWAK @RM22
Hatiku dipanah rasa,mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..;
Pada setiap detik itu,dia mewah dengan kasih sayang.Sayangnya cahaya yang diharap berpanjangan itu,hadirnya sekejap cuma.kehilangan orang yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka,benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan hadif pemiliknya?mampukah kasih seharum lavender itu terus di kecapi?
KASIH VILA CINTA
HARGA SEMENANJUNG @RM20
HARGA SABAH/SARAWAK @RM23
TERATAK KILAU..segah namanya.Didalamnya terhimpun pelbagai cerita suka,duka,misteri malah pembunuhan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuninya satu per satu.Ia bagaikan satu sumpahan pada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba mrnyelongkar rahsianya..Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM 'berkampung' di vila yang dikenali sebagai teratak kilau,sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar benar terjadi.
Satu,satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan di situ bahawa teratak kilau memangnya berpuaka.
Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk menbongkar misteri teratar kilau bersama-sama halizam,acap,jati,kelam,fauzan(yang ayu),ilya,getrude,fitrina dan ajue.Penemuan sebuah terowong rahsia di teratak kilau membawa mereka kepada sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila suatu waktu dahulu..